Skip to main content

UMPSA anjur Chinese New Year Cultural Programme

GAMBANG, 31 Januari 2024 - Confucius Institute Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (CI UMPSA) telah menganjurkan Chinese New Year Cultural Program bagi pelajar-pelajar program Asasi dari Pusat Sains Matematik (PSM), UMPSA. 

Seramai 32 orang pelajar kelas bahasa Mandarin didedahkan dengan seni budaya Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina sepeti kaligrafi Cina, lukisan Cina, seni menggunting kertas dan nyanyian.

Menurut Pengarah China CI UMPSA, Profesor Li Lijun, tahun ini ialah tahun naga dan ia melambangkan kekuatan dan bertuah dalam budaya Cina.

“Semoga semua pelajar diberikan dengan kesihatan yang baik, tubuh badan yang sihat dan kuat,” katanya. 

CI sentiasa memberi perkhimatan yang terbaik untuk pelajar-pelajar UMPSA dalam pembelajaran bahasa Mandarin dan budaya Cina serta seterusnya mengikuti program ijazah dual ijazah antara UMPSA dan universiti China. 

Pengarah Malaysia CI UMPSA, Yong Ying Mei turut membimbing pelajar-pelajar tentang seni menggunting kertas. 

Corak dan tulisan Cina berkaitan naga juga disediakan sempena tahun naga pada Tahun Baharu Cina ini. 

UMPSA anjur Chinese New Year Cultural Programme

Di samping itu, staf CI UMPSA, Song Jiabao, Gao Huanhuan dan Dong Bowen juga turut membantu dengan memberi tunjur ajar kepada para pelajar tentang kaligrafi Cina dan lukisan Cina.

Guru Bahasa Mandarin, Pusat Bahasa Moden (PBM), Lee Cheng May pula mengajar nyanyian lagu Tahun Baharu Cina kepada pelajar-pelajar. 

Turut hadir Dekan PSM, Profesor Dr. Mohd Zuki Salleh, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Profesor Madya Dr. Moh Sham Mohamad, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Dr. Zulkhibri Ismail@Mustofa dan Ketua Program Asasi dan Penasihat Akademik, Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Mohd Kasim. 

PSM turut menyajikan makanan Tahun Baharu Cina iaitu dumpling.

Disediakan Oleh: Yong Ying Mei, Confucius Institute

Reports by:
Admin UMP News