Skip to main content

Warga UMPSA kibar jalur gemilang semarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2023

PAYA BESAR, 11 Ogos 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengadakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang sebagai menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam kalangan warga  UMPSA  bersempena Hari Kebangsaan 2023 dengan tema ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ pada tahun ini.
 
Majlis yang berlangsung di perkarangan Dataran Canseleri UMPSA Kampus Gambang itu dirasmikan Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin yang hadir menyerahkan jalur gemilang kepada semua ketua jabatan bagi menjayakan kempen kibar jalur gemilang di peringkat universiti. 
 
Menurut Profesr Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, program ini diadakan bagi menggalakkan warga UMPSA untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bagi menunjukkan semangat cintakan negara, seterusnya memeriahkan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia yang akan menjelang tiba.

Warga UMPSA kibar jalur gemilang semarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2023

 
“Sebagai rakyat di negara ini, kita perlu mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh megah di mana-mana sahaja, terutamaNYA di kediaman, pejabat, bangunan  dan kenderaan masing-masing. 

Pelbagai program juga turut dirangka bagi mengisi takwim sepanjang Bulan Kebangsaan ini,” katanya.
 
Beliau turut sama memasang jalur gemilang di kenderaan universiti bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kebangsaan 2023.

Warga UMPSA kibar jalur gemilang semarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2023

Turut sama hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli, Pendaftar/Ketua Operasi, Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim dan Bendahari UMPSA, Dato’ Zainuddin Othman. 
 
Sepanjang Bulan Kebangsaan ini, UMPSA melalui Jabatan Pendaftar telah menyediakan pelbagai aktiviti antaranya penyertaan Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri, Program Corporate Social Responsibility (CSR), Pertandingan Hias Pejabat dan Tik Tok  Merdeka, Derma Darah Merdeka, Ceramah Merdeka: ‘Kepentingan Kepimpinan Ulama dan Umarak’ serta lain-lain. 
 
Disediakan oleh: Nor Salwana Mohammad Idris, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris