Skip to main content

47 pelajar tajaan Babaker raikan Aidilfitri di UMPSA

PEKAN, 16 April 2024 - Kemeriahan Syawal terus dirai dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Dewan Bankuet, UMPSA Pekan baru-baru ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin dan 47 pelajar dari Yaman, Jordan, Syria, Aran Saudi dan sebagainya. 

47 pelajar tajaan Babaker raikan Aidilfitri di UMPSA

Majlis itu menandakan kesinambungan usaha Babaker dalam memperkukuhkan hubungan mesra antara UMPSA, staf dan pelajar antarabangsa. 

Babaker merupakan rakan kerjasama strategik dengan Pusat Hubungan Antarabangsa (PUHA), UMPSA dalam bidang pengurusan biasiswa pelajar antarabangsa.

Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie amat berbesar hati dapat meraikan pelajar-pelajar tajaan Babaker yang menyambut Aidilfitri jauh di perantauan tanpa keluarga tersayang.

“Kita mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bersama pelajar-pelajar tajaan Babaker yang merupakan salah satu dari inisiatif kita untuk mendekati pelajar-pelajar antarabangsa.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Pengarah Pusat Hubungan Antarabangsa (PUHA), Profesor Madya Dr. Mohd Azmir Mohd Azhari, Pengurus Besar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Haryani Abdullah. 

47 pelajar tajaan Babaker raikan Aidilfitri di UMPSA

Program ini juga turut membuka peluang bagi komuniti antarabangsa untuk bersuai kenal dengan komuniti tempatan di samping merapatkan ukhuwah. 

Program ini diakhiri dengan persembahan menarik oleh komuniti antarabangsa dari pelajar Yaman.

Disediakan Oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Naqiah Puaad