Skip to main content
HEADER CREATE 8.8.2023

Tanggungjawab Sosial Korporat

Pengurusan UMPSA turun padang dalam Program Ziarah dan Komuniti di Kampung Kiwatu

Pengurusan UMPSA turun padang dalam Program Ziarah dan Komuniti di Kampung Kiwatu

TUARAN,  2 Mac 2024-  Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin bersama barisan pengurusan universiti turun padang bertemu masyarakat dalam Program Ziarah dan Komuniti Tuaran sempena Program Kembara Prihatin UMPSA@Negeri di bawah Bayu 2.0. 

Turut berlangsung program rewang menyediakan makanan tengah hari bersama isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag dengan para pelajar dan keluarga angkat di sekitar kampung berdekatan. 


Tanggungjawab Sosial Korporat


Tanggungjawab Sosial Korporat


Aktiviti Pelajar

Mohamad Mohsin perintis Syarikat Permula Siswa UMPSA

Mohamad Mohsin perintis Syarikat Permula Siswa UMPSA

GAMBANG, 13 Mac 2024 - Pelajar tahun 4, Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian, Fakulti Komputeran (FK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Mohamad Mohsin Ismail menjadi perintis bagi Syarikat Permula Siswa dengan melibatkan diri dalam perniagaan berfokuskan teknologi maklumat. 


Tanggungjawab Sosial Korporat

Program Ziarah Prihatin UMPSA hulur bakti buat masyarakat Tuaran

Program Ziarah Prihatin UMPSA hulur bakti buat masyarakat Tuaran

TUARAN, 1 Mac 2024 - Prihatin dengan nasib sebahagian keluarga yang dihimpit kesusahan, barisan pengurusan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berkunjung ke lima buah rumah keluarga di sekitar Kampung Roun, Serusup, Selupoh dan rumah keluarga angkat pelajar di Kampung Batangan dalam Program Ziarah Prihatin UMPSA@Rumah Baiti Jannati sempena Program Kembara Prihatin@Negeri di bawah Bayu 2.0. 


Tanggungjawab Sosial Korporat

Yayasan UMPSA agih sumbangan ‘Back To School’ buat anak staf berkeperluan

Yayasan UMPSA agih sumbangan ‘Back To School’ buat anak staf berkeperluan

Paya Besar, 28 Februari 2024- Seramai 100 anak-anak staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima sumbangan keperluan persekolahan daripada pihak Yayasan UMPSA atas keprihatinan universiti dalam meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak dalam kalangan staf yang berkeperluan. 

Kelengkapan sekolah ini terdiri daripada pakaian sekolah, stoking, kasut, beg sekolah serta alat tulis buat anak-anak yang akan melangkah ke alam persekolahan bagi Sesi Mac 2024/2025 tidak lama lagi. 


MyGift

UMPSA santuni pelajar sekolah galak STEM di Tuaran

UMPSA santuni pelajar sekolah galak STEM di Tuaran

TUARAN,  1 Mac 2024 - Pengurusan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menyantuni pelajar sekolah dan menggalakkan pelajari STEM yang melibatkan Kampung Kiwatu, Kampung Batangan, Kampung Roun dan Kampung Serusop serta sekitar Tuaran yang menyasarkan usaha untuk memberi inspirasi kepada golongan muda dan pelajar B40. 


Penyelidikan dan Inovasi

UMPSA bersinar di MTE 2024, raih anugerah khas, 2 emas, 5 perak dan 1 gangsa

UMPSA bersinar di MTE 2024, raih anugerah khas, 2 emas, 5 perak dan 1 gangsa

KUALA LUMPUR, 24 Februari 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus bersinar apabila para penyelidiknya berjaya meraih Anugerah Khas, dua pingat emas, lima perak dan satu gangsa dalam Malaysia Technology Expo (MTE) 2024. 

MTE 2024 yang berlangsung selama tiga hari mulai 22 hingga 24 Februari di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur itu bertujuan untuk menyatukan syarikat, usahawan, pelabur, dan inovator untuk mempamerkan dan meneroka trend dan penyelesaian teknologi terkini. 


Tanggungjawab Sosial Korporat

2,000 bongkah cendawan nanas diagihkan untuk manfaat masyarakat Tuaran

2,000 bongkah cendawan nanas diagihkan untuk manfaat masyarakat Tuaran

TUARAN, 2 Mac 2024 - Seramai 200 orang penduduk sekitar Tuaran mengikuti bengkel menghasilkan cendawan nanas hasil penyelidikan pensyarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli  dengan mengguna pakai sisa buangan dari pertanian nanas sebagai substrat utama bagi bongkah cendawan.

Sebanyak 2000 bongkah cendawan diagihkan kepada penduduk di Kampung Batangan, Roun dan Labuaya.


Info Sekitar Kampus

Warga UMPSA bergotong-royong sediakan juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang Ramadan

Warga UMPSA bergotong-royong sediakan juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang Ramadan

GAMBANG, 12 Mac 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengekalkan konsep memasak mengikut jadual bagi penyediaan  juadah berbuka puasa (iftar) yang diadakan secara bergotong-royong mengikut setiap jabatan atau fakulti. 

Malahan pelajar juga turut membantu dalam aktiviti penyediaan makanan terutamanya dalam menyediakan persiapan berbuka puasa di kedua-dua kampusnya di Pekan dan juga Gambang.


SDG/ESG

Program ‘Sampah untuk Tunai’ sokong Agenda Kelestarian UMPSA

Program ‘Sampah untuk Tunai’ sokong Agenda Kelestarian UMPSA

GAMBANG, 11 Januari 2024 - Universiti adalah hab untuk pengetahuan dan inovasi. Namun, dengan jumlah sisa yang besar yang dijana dalam universiti, ia menjadi satu kewajipan universiti untuk meningkatkan komitmen komuniti UMPSA dalam meminimumkan sisa sekaligus melestarikan alam sekitar. 

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus mengorak langkah ke arah pembangunan mampan dengan melaksanakan Pelan Tindakan Kampus Lestari UMPSA bagi tempoh 2022-2025. 


Info Sekitar Kampus

Pelajar Indonesia UMPSA rasai kehidupan keluarga angkat di bumi Pahang

Pelajar Indonesia UMPSA rasai kehidupan keluarga angkat di bumi Pahang

PEKAN, 10 Mac 2024 – Pusat Hubungan Antarabangsa (PUHA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menghantar empat orang pelajar prasiswazah dan pascasiswazah Indonesia untuk menyertai Program Kembara Prihatin 2.0@Pekan

Program dengan kerjasama Yayasan UMPSA itu bertujuan untuk memberi pengalaman kepada pelajar bagi merasai kehidupan keluarga angkat di Bumi Pahang melalui pelbagai aktiviti.


Sukan dan Rekreasi

Cuaca panas tidak halang 88 warga UMPSA daki Bukit Panorama

Cuaca panas tidak halang 88 warga UMPSA daki Bukit Panorama

SUNGAI LEMBING, 6 Mac 2024 – Cuasa panas ternyata tidak menghalang seramai 88 staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) serta mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengambil bahagian dalam aktiviti gaya hidup sihat dengan mendaki Bukit Panorama. 

Program ‘Sesejuk Embun Bukit Panaroma’ itu turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Aumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed.


Rencana/Artikel Pilihan

Dokumentasikan Sejarah Negara

Dokumentasikan Sejarah Negara

Kewujudan Arkib Negara bagi menyimpan fail, rekod, dan dokumen sejarah negara merupakan satu usaha yang wajar bagi memastikan segala sumber berkaitan negara ini pada masa yang lampau dapat dilihat dan dirujuk kembali oleh generasi baharu. Justeru, Arkib Negara juga mempunyai cawangan di negeri-negeri tertentu seperti Arkib Kedah, Arkib Terengganu Arkib Kelantan, Arkib Sabah, Arkib Pahang dan lain-lain lagi. 


Karya Kreatif

FOOTER CREATE 15 Mac 2024