Skip to main content

Kemerdekaan: Kunci Membina Keteguhan Keluarga Malaysia

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, Malaysia akan menyambut hari merdeka kali ke-65 pada tahun ini. Tema kemerdekaan kali ini sekali lagi memberi penekanan kepada kepentingan perpaduan secara kolektif dalam membina keteguhan keluarga Malaysia yang sejahtera.

UMP perkasa Agenda Transformasi Digital Program TVET melalui kerjasama strategik bersama AspenTech

Mendepani era digitalisasi, kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif bagi memacu transformasi digital negara. Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 (Industry4WRD) misalnya menyasarkan peningkatan jumlah tenaga mahir daripada 18 peratus kepada 35 peratus menjelang 2025. Manakala, Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia menggariskan matlamat negara untuk berubah menjadi negara maju dipacu teknologi digital dan menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital menjelang 2030.

Bersama kurangkan kesan bencana banjir

Semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC), Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, Malaysia terdedah kepada impak perubahan iklim kerana kelembapan tinggi, di samping bentuk muka bumi yang turut menyumbang kepada fenomena berkenaan.

Mat Kilau dan Hasil Bumi Negara

Filem Mat Kilau yang meraih lebih dari RM80 juta hasil kutipan pawagam dalam masa lebih kurang sebulan tayangan, banyak membawa mesej-mesej yang penting dan bermakna dalam membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat tempatan.

UMP sasar Pendekatan Kampus Lestari

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyasarkan pendekatan kampus lestari dengan melaksanakan pelbagai inisiatif khusus bagi menghasilkan sebuah ekosistem hijau yang kondusif seiring hasrat negara ke arah Malaysia Lestari 2030. Ia seiring dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri yang mahu menjadikan Malaysia negara neutral karbon menjelang tahun 2050. Kampus lestari merupakan sinergi di antara amalan mesra alam dengan pendidikan seterusnya dapat mempromosikan amalan lestari serta mesra alam dalam universiti.

Kesang Tua, Melaka: Dari Selat Melaka ke Pentas Dunia?

Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan kampung yang bernama Kesang Tua di daerah Jasin, Melaka. Tetapi, nama Kesang Tua tiba-tiba dikenali apabila jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz bakal membina sebuah pusat latihan di Kampung Kesang Tua, Jasin sebagai tanda penghargaan serta terima kasih kepada Melaka. Pada asasnya, nama Kampung Kesang Tua menjadi tumpuan ekoran kemenangan atlet berusia 30 tahun itu di temasya Olimpik Tokyo.

Subscribe to Experts