Tawaran buat alumni sertai program Protege UMPSA
PEKAN, 2 Ogos 2023- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kini membuka peluang buat alumni universiti untuk menimba pengalaman berkhidmat di dalam universiti ini melalui Program Felo Perdana (Protege) UMPSA.
Program berprestij ini bertujuan untuk mengasah serta memperkukuhkan kemahiran interpersonal dan kepimpinan mereka di peringkat yang tertinggi.