Skip to main content

60 sukarelawan UMP Kilau tanam 150 pokok di Tasik Chini

CHINI, 13 Julai 2023 - Seramai 60 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kilau dengan kerjasama petugas Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan  Next Green Pulp and Papers (NGPP) meneruskan misi penanaman sebanyak 150 pokok bagi siri kedua sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Kampung Gumum, Tasik Chini. 

Program itu diketuai oleh Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin. 

Hadir sama Pengarah Bahagian Hubungan Universiti-Komuniti, (PJIM), Zainuddin Mat Husin dan Pengarah Bahagian Hubungan Universiti- Industri, PJIM, Profesor Madya Chin Sim Yee. 

60 sukarelawan UMP Kilau tanam 150 pokok di Tasik Chini

Profesor Madya Dr Nurul Hazlina berkata, program yang bermula jam 9.00 pagi itu telah menanam sebanyak 150 pokok ini amat bermakna terutama dalam mencapai matlamat memulihara alam sekitar melalui aktiviti penanaman pokok. 

“Pada tahun ini, UMP menyasarkan sebanyak 1,000 pokok yang akan ditanam di Tasik Chini ini terdiri daripada pelbagai jenis antaranya seperti Meranti Temak Nipis, Merawan Siput Jantan, Kasai dan Batai.

“Aktiviti ini turut menyumbang kepada kriteria dalam penarafan UI Green Metric dan menyokong agenda kepentingan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang tahun 2030,” katanya. 

60 sukarelawan UMP Kilau tanam 150 pokok di Tasik Chini

Pihaknya menghargai komitmen semua pihak yang terlibat terutama kepada sukarelawan UMP Kilau dan staf Jabatan Perhutanan Negeri Pahang serta kakitangan Next Green Pulp and Papers (NGPP) yang sama-sama berganding bahu dalam menjayakan program ini. 

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohdammad Idris, Pusat Komunikasi Korporat,  Jabatan Canseleri

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris