Skip to main content

60 sukarelawan UMP Kilau tanam 150 pokok di Tasik Chini

CHINI, 13 Julai 2023 - Seramai 60 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kilau dengan kerjasama petugas Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan  Next Green Pulp and Papers (NGPP) meneruskan misi penanaman sebanyak 150 pokok bagi siri kedua sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Kampung Gumum, Tasik Chini. 

Program itu diketuai oleh Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin. 

Singgah Sahur UMP santuni anak yatim dan agensi keselamatan

KUANTAN, 15 April 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyantuni  seramai 41 anak-anak yatim di Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang di Taman Guru dan bertemu barisan hadapan petugas keselamatan di Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Balai Polis Indera Mahkota bagi mengagihkan juadah bersahur. 

Sukarelawan UMP Kilau menabur bakti bersama komuniti di KL

KUALA LUMPUR, 2 April 2023 - Seramai 50 sukarelawan UMP Kilau dalam kalangan Skuad Yayasan UMP dan alumni Universiti Malaysia Pahang (UMP) turun padang menjayakan Projek Secangkir Budi sebagai salah satu inisiatif untuk membantu warga kurang berkemampuan di sekitar Kuala Lumpur. 

Sebanyak 300 pek makanan, 50 kit bantuan dan barangan terpakai (preloved) hasil sumbangan orang ramai telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Kolaborasi UMP-Adabi edar 600 juadah sahur buat mahasiswa

KUANTAN, 6 April 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) meneruskan program Ramadan 2023 dengan mendekati  mahasiswa pada kali ini dalam Program Sahur Jangan Tak Sahur. 

Sukarelawan UMP Kilau bersama petugas daripada Adabi bergotong-royong menyediakan juadah bermula jam 3 petang dan aktiviti memasak  bermula jam 9.00 malam sebelum diagihkan kepada 600 pelajar mulai jam 11.00 malam di residen pelajar di UMP Kampus Gambang.

Kolaborasi UMP-UTHM Sukarelawan UMP Kilau hulur bantuan mangsa banjir di Batu Pahat

BATU PAHAT, 20 Mac 2023 - Seramai 100 orang sukarelawan UMP Kilau yang terdiri dalam kalangan pelajar dan staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta sukarelawan Prihatin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menggerakkan Misi Bantuan Pascabanjir Johor 2023 di Batu Pahat baru-baru ini.

Ketibaan sukarelawan di UTHM disambut Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dato’ Sri Ibrahim Ahmad.

Sukarelawan UMP Kilau sertai inisiatif program tanam 1,000 pokok Rhu

KUANTAN, 13 Februari 2023 - Seramai 65 orang Sukarelawan Kilau Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai Program Pembersihan Pantai dan Penanaman Pokok sempena Sambutan Hari Radio Sedunia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pahang dengan inisiatif menanam 1,000 pokok Rhu di Pantai Kempadang, Kuantan.

Program dirasmikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Radio Televisyen Malaysia, Suhaimi Sulaiman dan Pengarah Bahagian Program Radio Jabatan Penyiaran Malaysia, Nor’ain Bakir.

Subscribe to Sukarelawan UMP Kilau