Skip to main content

Ingin Jadi Pelajar Minda Kelas Pertama? Kuasai Pengetahuan Am

Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang tentulah menjadi igauan setiap pelajar. Apatah lagi menjadi pelajar minda kelas pertama, bukan jalan yang mudah dan juga tidak susah untuk mendapatkannya. Sana sini kita mendengar orang bercakap tentang generasi minda kelas pertama, tetapi berapa ramaikah yang betul-betul memahami apa itu generasi minda kelas pertama?

Penggunaan Ubatan Herba Sebagai Rawatan Penyakit: Manfaat atau Mudarat?

Penggunaan ubatan herba daripada tumbuhan semula jadi dalam kalangan masyarakat Malaysia bukanlah suatu perkara baharu. Penggunaan yang kerap kali didengari adalah bertujuan mengubati penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser. Masyarakat Malaysia yang terlalu taksub dengan penggunaan ubatan herba tradisional akan sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi membelinya tanpa memikirkan keberkesanan pengambilannya terlebih dahulu. 

5 tanggungjawab warga UMP terhadap sumber elektronik yang dilanggan

Norma baharu, segalanya digital. Tidak dinafikan keperluan penggunaan bahan sumber elektronik semasa tempoh pandemik yang melanda kini agak meningkat. Kesedaran pengguna untuk mengenali dan menggunakan sumber rujukan elektronik juga semakin menggalakkan. Sebagai sebuah perpustakaan akademik yang menyokong aktiviti pembelajaran dan kecemerlangan penyelidikan, Perpustakaan UMP telah melanggan beberapa sumber rujukan elektronik untuk kegunaannya.

Teknik Mudah Belajar Sejarah

Pendidikan mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah memperlihatkan ada pelajar yang mendapat pencapaian yang cemerlang, lulus dan ada yang gagal. Tinjauan secara ringkas mendapati pelajar yang gagal kebanyakannya kurang berminat dengan mata pelajaran Sejarah disebabkan mereka merasakan ia memerlukan pembacaan yang banyak dan merasa sukar untuk menghafal fakta-fakta sejarah. Sebenarnya, mata pelajaran Sejarah sangat menarik seumpama kita menonton sesebuah filem. Konsepnya adalah sama iaitu sejarah adalah rakaman sesuatu peristiwa.

Aktiviti Berbasikal: Sihat atau Mudarat?

Wabak pandemik Covid-19 memberi impak yang amat besar kepada seluruh dunia dengan kehadiran virus yang pertama kali dikesan berasal daripada pasar eksotik dalam bandar Wuhan, daerah Hubei di China. Bermula jangkitan pertama yang direkodkan pada Disember 2019, sehingga 4 Februari 2021, jangkitan telah mencecah sehingga 104,869,092 kes di seluruh dunia.  Malah, jumlah kematian juga turut mencecah 2,276,101 sehingga 4 Februari 2021.

The Role of Artificial Intelligence in the Uncertainty of the World: Paul and Sophia’s Abilities that Challenge Minds

2020 is a year with unique figures and various events that rocked the world. Ranging from the devastating forest fires in Australia, the George Floyd riots in the United States, the deadly explosions in Beirut, Malaysia’s political unrest, to the COVID-19 pandemic disaster. These events make this world in a state of uncertainty to humans, the environment and the economy.

Subscribe to Experts