Skip to main content

E-Nose peranti yang boleh mengesan kemeruapan bau

Pekan, 30 Ogos- Bau merupakan salah satu fenomena yang tidak boleh disukat seperti mana kita menyukat berat, jarak, masa dan pelbagai lagi kuantiti fizikal yang lain tetapi boleh dibuat kalibrasi dengan peranti berpiawai. Bau adalah salah satu kesan yang terhasil daripada tindak balas yang berlaku daripada volatile organic compound (VOCs) atau kompaun organik yang meruap. Tindakbalas ini boleh berlaku daripada kompaun yang berada di dalam bentuk pepejal, cecair atau gas.

Universiti Teknologi Terunggul, Haluan Ini Harus Berbeza

100 hari pentadbiran diambil bagi melihat pra perubahan fasa pertama yang diperkenalkan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff. Jumlah 2,400 jam yang telah berlalu merupakan satu  perubahan yang diperhati dan diukur oleh seluruh warga UMP. Corak perubahan yang berlaku ini amat drastik dan memerlukan pengamatan serta adaptasi segera oleh warga UMP, khususnya warga pentadbir.

Memartabat Pentadbir Memperkasa Urus Tadbir

Tanggal 20 Ogos setiap tahun adalah merupakan sambutan Hari Pentadbir sebagai mengiktiraf peranan Pentadbir Universiti Awam di Malaysia. Hari Pentadbir kali pertama diumumkan pada tahun 2016 semasa penganjuran Konvensyen Pentadbir Universiti Awam pada 20 Ogos 2016 bertempat di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi Malaysia (AKEPT).

STEM@UMP inisiatif transformasi generasi abad ke-21

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada abad ke-21 di Malaysia merupakan  satu cabaran dari aspek globalisasi dan perkembangan dalam teknologi komunikasi. Melalui pendidikan STEM, cabaran ini dapat ditangani dengan menyediakan generasi masa depan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sejajar bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.  Sejajar dengan perkembangan ini, transformasi dalam bidang pendidikan (pengajaran dan pembelajaran) perlulah dilakukan supaya selari dengan arus permodenan teknologi akan datang.

Kepentingan Kemahiran Analitik Data dalam Era IR4.0

Revolusi Industri ke-4 (IR4.0) melahirkan teknologi baru termasuk automasi, digitalisasi dan kepintaran buatan (Artificial Intelligence) yang membawa cabaran baru antaranya dalam bidang Sains Data dengan penemuan maklumat dari jumlah data yang besar (data raya). Antara elemen utama dalam Sains Data adalah Internet untuk Segalanya (Internet of Things), Analitik Data Raya (Big Data Analytics) dan Permodelan & Simulasi (Simulation & Modelling) yang juga merupakan antara elemen utama dalam era IR4.0.

Subscribe to Experts