Skip to main content

Lakaran Sejarah Baharu MPP Tingkat Pemerkasaan Mahasiswa UMP

Tanggal 27 November 2019, satu sejarah baru dilakar oleh mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) apabila Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah dijayakan sepenuhnya oleh mahasiswa UMP buat pertama kali mengikut tatacara dan kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang. Ini merupakan perkembangan positif ke arah era pemerkasaan mahasiswa dan pra-penubuhan kesatuan pelajar di UMP. Di petik dari laman Facebook Pemilihan Perwakilan Pelajar (PMPP), Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) merupakan jawatankuasa tertinggi dalam PMPP.

Transformasi Organisasi : Manusia Asas Perubahan

                                                      Oleh : Muhammad Azli Shukri, Amirul Ahmad dan Rosilavi Mat Jusoh

Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku yang dianggap oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. 

Mencorak Kepimpinan Masa Hadapan

Pemimpin boleh datang dan pergi dan ada kalanya tergelincir dan tersasar, tetapi agenda perjuangan dan matlamat organisasi perlu digalas. Pemimpin dahulu kita sanjungi. Pemimpin semasa wajar dihormati dan pemimpin masa hadapan perlu dibangunkan berdasarkan kepada keperluan dan cabaran mendatang.

Subscribe to Experts