Tadbir Urus dan Integriti dalam Era Revolusi Perindustrian Digital
Kuantan, 20 Ogos- Dalam usaha meningkatkan pengetahuan tadbir urus dan integriti yang lebih berkesan dalam era Revolusi Perindustrian 4.0, FIM Governance & Integrity Centre (FGIC) yang berpusat di Fakulti Pengurusan Industri (FIM) Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Yayasan Pahang (YP) menganjurkan persidangan FGIC 2019 bertemakan “Tadbir Urus dan Integriti dalam Era Revolusi Perindustrian Digital” yang mendapat kerjasama daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) bertempat di Dewan Besar, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan selama