Skip to main content

UMPSA meterai kerjasama dengan 3 institusi di Hebei

BEBEK, 22 September 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (UMPSA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama tiga institusi TVET di Kementerian Pendidikan Hebei, China, iaitu Hebei Petroleum University of Technology, Hebei Software Institute dan Shijiazhuang Institute of Railway Technology.

Kerjasama itu menfokuskan kepada program khas akademik antara UMPSA dengan ketiga-tiga institusi dalam program akademik jangka pendek, latihan industri bagi pengajian ijazah sarjana muda dan ijazah dual. 

UMPSA telah diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin manakala Hebei Software Institute (HSI) diwakili oleh  Setiausaha Jawatankuasa Disiplin HIS, Profesor Wu Xitao. 

Manakala Naib Presiden, Profesor Wu Ali pula hadir mewakili Shijiazhuang Institute of Railway Technology. 

UMPSA meterai kerjasama dengan 3 institusi di Hebei

UMPSA turut menandatangani MoU bersama Hebei Petroleum University of Technology yang diwakili oleh Naib Presiden, Profesor MaXiancai dan UMPSA merupakan IPT pertama di Malaysia yang mempunyai MoU bersama

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan Hebei China, Professor Wang Liqian manakala Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. 

Turut sama menyaksikan adalah Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jamalulail Abu Bakar dan Naib Presiden Hebei University, Profesor Dr. Shen Shigang.

Menurut Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie, UMPSA terus komited meningkatkan hubungan dengan komuniti antarabangsa selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama: Program Ijazah Bersama Antarabangsa dalam Pelan Strategik UMPSA 2021-2025 bagi merealisasikan visi UMPSA menjadi ‘Universiti Teknologi Terunggul’. 

“Pada masa ini, UMPSA telah bekerjasama dengan beberapa Universiti di China seperti Beijing Jiaotong University (BJTU), Tianjin University (TJU), Hebei University (HBU) dan Ningxia University (NXU) telah menarik beberapa institusi pendidikan di China untuk bekerjasama dengan UMPSA,” katanya. 

UMPSA meterai kerjasama dengan 3 institusi di Hebei

Hubungan kerjasama yang terjalin di antara UMPSA dan BJTU sejak tahun 2020 menyaksikan UMPSA meneruskan agenda pembangunan bakat berkaitan pengangkutan rel dengan menawarkan program akademik ijazah dual program Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal bersama rakan kerjasama daripada BJTU. 

Turut diadakan perbincangan antara dekan fakulti UMPSA bersama wakil fakulti di Hebei University (HBU). 

Antara yang dibincangkan adalah berkaitan pelaksanaan global classroom, co-supervisor program master, geran padanan antarabangsa selain meneruskan kerjasama dalam ijazah dual yang sedia ada.

Disediakan oleh: Mohamad Ferdaus Musa Pejabat Naib Canselor

Reports by:
Ferdaus