Skip to main content

Segulung ijazah seribu kenangan buat Robiatul

KUANTAN, 20 Mac 2022 – Anak kelahiran Raub Pahang, Robiatul Adawiyah Sapia’i, 26 membuktikan bahawa anak petani juga mampu melanjutkan pengajian hingga ke peringkat menara gading dan mampu mencipta kecemerlangan dalam kerjaya.  

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) ini bersyukur apabila dipilih menerima Anugerah Profesor Dato' Dr. Mashitah Mohd Yusoff pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-15 baru-baru ini.

Pasangan graduan suami isteri berkongsi pentas konvokesyen

KUANTAN, 17 Mac 2022 - "Majlis Konvokesyen ini begitu bermakna buat saya kerana dapat menerima ijazah ini bersama-sama dengan isteri tercinta.

"Pada awalnya, kami tidak dapat bersama-sama menghadiri majlis ini, namun setelah mempunyai kekosongan pada sesi pertama, saya dapat juga menyertai isteri pada hari ini," kata graduan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-15, Muhammad Fat-hi Aljuwaini Pahrol, 27.

Penolong Jurutera terima Anugerah Profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat Program Separuh Masa

KUANTAN, 17 Mac 2022 – Berpegang kepada prinsip ‘sentiasa berfikiran positif walaupun berdepan dengan pelbagai ujian’, anak jati felda kelahiran Terengganu, Roszitaida Adzemin, 37, kini dapat tersenyum lebar apabila terpilih sebagai penerima Anugerah Profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat – Program Separuh Masa dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-15 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
 

Seimbang akademik dan kokurikulum lahir mahasiswa kompeten

Kuantan, 5 Disember –Dalam melahirkan graduan yang mempunyai keterampilan yang tinggi dan kompeten, seseorang mahasiswa tidak seharusnya handal dalam bidang akademik sahaja, malahan mereka juga perlu mempunyai sifat kepimpinan, komunikasi, kemampuan untuk menguruskan tekanan dan menyelesaikan krisis yang dihadapi.

`Anugerah ini hadiah untuk ayah dan ibu..' - Norlinda

Kuantan, 16 November – Tiada apa yang lebih mengembirakan hati seorang graduan apabila ibu bapa dapat hadir menyaksikan mereka menerima ijazah dalam majlis konvokesyen setelah berhempas pulus menamatkan pengajian. Walaubagaimanapun, situasi itu tidak terjadi kepada Norlinda Adsun,23, graduan Fakulti Pengurusan Industri yang terpilih menerima Anugerah Kecemerlangan Soho Niaga dalam Majlis Konvokesyen Ke-13 Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Tiga beradik kongsi kenangan manis bergraduasi di UMP

Kuantan, 14 November- Tiga beradik berkongsi kenangan manis apabila dianugerahkan ijazah sarjana dan diploma dalam bidang masing-masing sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Kali Ke-13 (UMP) yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Gambang baru-baru ini.

Subscribe to KONVOKESYENUMP