Skip to main content

Tai Jia Yee Anak Tunggal Rangkul Anugerah Emas

Kuantan, 10 November – Nekad tidak mahu membebankan ibunya yang juga ibu tunggal, Tai Jia Yee belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa ingat pesan ibunya mendorong kejayaan beliau merangkul Anugerah Emas Universiti pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang ke-13 dengan meraih Purata Nilai Gred Kumulatif 3.84.

Menurut graduan Diploma Sains Komputer itu, beliau memang mengutamakan masa untuk belajar dengan tekun dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang Sains Komputer di UMP.

Tiga beradik kongsi kenangan manis bergraduasi di UMP

Kuantan, 14 November- Tiga beradik berkongsi kenangan manis apabila dianugerahkan ijazah sarjana dan diploma dalam bidang masing-masing sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Kali Ke-13 (UMP) yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Gambang baru-baru ini.

Subscribe to KONVOKESYENUMP