Skip to main content
header create 110820

Jalinan Kerjasama


Jalinan Kerjasama

UMP dan Yayasan Terengganu berkolaborasi dalam bidang akademik dan pengantarabangsaan

UMP dan Yayasan Terengganu berkolaborasi dalam bidang akademik dan pengantarabangsaan

KUALA TERENGGANU, 30 Mei 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian bersama (MoA) dengan  Yayasan Terengganu dalam kolaborasi  akademik dan pengantarabangsaan. 

Melalui perjanjian persefahaman ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menggariskan beberapa aktiviti kolaborasi akademik dan memberi khidmat nasihat bagi program seperti Program Asasi, Program Ijazah Dual Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Program Ijazah Dual Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. 


Rencana/Artikel Pilihan

Memahami permintaan hartanah dan kuasa beli pengguna

Memahami permintaan hartanah dan kuasa beli pengguna

Terdapat hasil kajian menunjukkan permintaan hartanah di negara ini semakin menyusut disebabkan kuasa beli pengguna semakin berkurangan. Namun tidak dapat dinafikan kuasa beli pengguna merupakan faktor utama permintaan hartanah di negara ini semakin menyusut. Ini kerana, ketika pengguna menghadapi tekanan kewangan atau tidak yakin mengenai persekitaran ekonomi, mereka mungkin berhati-hati untuk membuat pelaburan besar seperti pembelian hartanah.


Rencana/Artikel Pilihan

Langkah Kawalan dan Adaptasi Bagi Mendepani Gelombang Haba, El-Nino

Langkah Kawalan dan Adaptasi Bagi Mendepani Gelombang Haba, El-Nino

Malaysia bakal berdepan dengan gelombang haba melalui peningkatan suhu persekitaran yang ekstrem dan secara relatifnya akan menerima kekurangan taburan hujan. MetMalaysia meramalkan fenomena ini akan bermula mulai 15 Mei sehingga September 2023 susulan kesan Monsun Barat Daya.  

Saintis Iklim Dr. Nick Dunstone, menggunakan permodelan iklim untuk meramal suhu global. Beliau menegaskan bahawa suhu global pada tahun 2023 akan lebih panas dan dianggap antara yang terburuk dalam rekod dunia. 

FOOTER CREATE JAN 2023