Skip to main content
HEADER CREATE 8.8.2023

Penyelidikan dan Inovasi

UMPSA lancar Kenderaan Elektrik Bebas Karbon Amalan Lestari

UMPSA lancar Kenderaan Elektrik Bebas Karbon Amalan Lestari

PUTRAJAYA, 23 Oktober 2023 - Selaras dengan Agenda Hijau Negara, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melancarkan penggunaan kenderaan eletrik dalam memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk kebaikan masa hadapan dan generasi akan datang.

Pengaplikasian teknologi dan pengamalan gaya hidup lebih baik dapat dicapai melalui pengurangan jejak karbon yang bakal memberi penyelesaian inovasi kepada industri tenaga.


Jalinan Kerjasama

UMPSA pacu Agenda Pemerkasaan Mahasiswa

UMPSA pacu Agenda Pemerkasaan Mahasiswa

GAMBANG, 15 Oktober 2023 - Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hadir merasmikan  Hari Terbuka dan Expo Konvokesyan 2023 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang baru-baru ini.
 
Penganjuran program itu berjaya memacu agenda memperkasakan mahasiswa apabila pelajar mampu berdikari dan bergerak sendiri dengan penyeliaan atau sokongan paling minimum sepanjang program.
 


Jalinan Kerjasama

UMPSA perkukuh kerjasama dengan Kumpulan Yayasan Sabah dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah

UMPSA perkukuh kerjasama dengan Kumpulan Yayasan Sabah dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah

KOTA KINABALU, 12 Oktober 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) perkukuh hubungan kerjasama dengan Kumpulan Yayasan Sabah (YS) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) berkaitan penajaan pendidikan dan pengambilan pelajar. 

Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) itu adalah lanjutan daripada kerjasama yang telah lama terjalin antara Yayasan Sabah, KTYS dan UMPSA. 


Akademik dan Antarabangsa


Sukan dan Rekreasi

Tasik UMPSA tumpuan pemancing sempena Sambutan Ulang Tahun UMPSA ke-21

Tasik UMPSA tumpuan pemancing sempena Sambutan Ulang Tahun UMPSA ke-21

PEKAN, 14 Oktober 2023 - Tasik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Pekan menjadi tumpuan para pemancing apabila lebih 200 orang hadir bersama keluarga dalam Pertandingan Memancing sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-21 UMPSA dan  menjelangnya Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-18 mulai 21 hingga 24 Oktober depan.

Hadir merasmikan program Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin. 


Info Sekitar Kampus

UMPSA terima kunjungan hormat Pengarah APM Negeri Pahang

UMPSA terima kunjungan hormat Pengarah APM Negeri Pahang

PEKAN, 10 Oktober 2023 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan hormat Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam Abd. Rahman ke atas Komandan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa), PPj. Kehormat (Pertahanan Awam), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMPSA.


Penyelidikan dan Inovasi

Profesor Madya Ts. Dr. Roshahliza hasilkan sistem pengairan solar guna titisan menerusi kaedah IoT

Profesor Madya Ts. Dr. Roshahliza hasilkan sistem pengairan solar guna titisan menerusi kaedah IoT

PEKAN, 17 Oktober 2023 - PaTrIoT atau singkatannya Parit Tray IoT ialah sistem pengairan solar menggunakan pengairan titik (drip) bagi mengairi tapak semaian kecil untuk biji benih kelapa sawit dengan menggunakan teknologi internet benda (internet of things). 

Manakala Dulang Parit (Parit Tray) pula ialah peralatan yang digunakan bagi mencambahkan biji benih kelapa sawit dengan menggunakan teknologi IoT dalam mengawal air yang masuk ke dulang tersebut.


Penyelidikan dan Inovasi

Dr. Norwahida hasilkan RAMOS mesra pengguna untuk kawal stres pekerjaan

Dr. Norwahida hasilkan RAMOS mesra pengguna untuk kawal stres pekerjaan

PEKAN, 27 Oktober 2023- Sebagai seorang pengamal industri yang menghadapi masalah kesulitan dalam menganalisis risiko berkaitan dengan bahaya psikososial, pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr. Norwahida Yakub@Yaakub, 35 telah menghasilkan Risk Assessment Matrix of Occupational Stress (RAMOS) yang lebih menjimatkan masa dan mesra pengguna. 


Info Sekitar Kampus

‘Singgah Kopi’ milik mahasiswa UMPSA meriahkan Ekspokonvokesyen 2023

‘Singgah Kopi’ milik mahasiswa UMPSA meriahkan Ekspokonvokesyen 2023

GAMBANG, 21 Oktober 2023 – ‘Singgah Kopi’, begitulah perniagaan berasaskan minuman kopi yang diusahakan oleh mahasiswa Fakulti Komputer, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Nur Aysha Eliya Abdullah Sany bersama mentor keusahawanan, pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Ts. Dr. Abdul Nasir Abd Ghafar. 

Mula beroperasi pada Jun 2023, ‘Singgah Kopi’ diinspirasikan selepas Nur Aysha menyertai seminar peniagaan anjuran MyFundAction. 


Sukan dan Rekreasi

UMPSA anjur Program Jurulatih Renang Tahap 1 dan Penyelamatan Di Air

UMPSA anjur Program Jurulatih Renang Tahap 1 dan Penyelamatan Di Air

SHAH ALAM, 25 September 2023 - Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Aquasplash Academy telah menganjurkan program Jurulatih Renang Tahap 1 dan Penyelamatan Di Air baru-baru ini.

Program enam hari di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi – Pensijilan Profesional (KPT-PACE) itu telah diadakan di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.


Rencana/Artikel Pilihan


Karya Kreatif



Footer