Skip to main content
HEADER CREATE 8.8.2023

Info Sekitar Kampus

Melestarikan Kecemerlangan, UMP kini dikenali sebagai UMPSA

Melestarikan Kecemerlangan, UMP kini dikenali sebagai UMPSA

PEKAN, 30 Julai 2023 - Seiring usia 21 tahun kewujudan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menelusuri kegemilangan, universiti ini kini dijenamakan sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah memperkenankan penggunaan logo dan nama UMPSA mengikut Warta Kerajaan Persekutuan yang berkuat kuasa pada 14 April 2023 yang lalu.


Info Sekitar Kampus

NC UMP terima Anugerah Tokoh Sukan MASUM 2022

NC UMP terima Anugerah Tokoh Sukan MASUM 2022

PUTRAJAYA, 20 Julai 2023 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrrie Zainuddin dianugerahkan Tokoh Sukan MASUM 2022 dalam  Majlis Anugerah Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen IPT Malaysia ke Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2023. 

Hadir menyampaikan anugerah Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin  dalam majlis yang berlangsung di Dewan Zaaba, KPT malam tadi. 


Akademik dan Antarabangsa


Info Sekitar Kampus

600 pelajar baharu daftar di UMP

600 pelajar baharu daftar di UMP

PAYA BESAR, 22 Julai 2023- Terpancar kegembiraan tatkala ibu bapa dan keluarga hadir dalam sesi pendaftaran pelajar pengajian diploma dan Asasi Sains dan Teknologi bagi sesi akademik 2023/2024 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini.  


Akademik dan Antarabangsa

Naib Canselor UMP santuni pelajar cemerlang STPM

Naib Canselor UMP santuni pelajar cemerlang STPM

KUANTAN, 25 Julai 2023 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin berkesempatan menyantuni dan berkongsi kegembiraan bersama dua pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di kediaman mereka masing-masing. 

Kunjungan itu bertujuan bagi memberi penghargaan dan sokongan atas pencapaian akademik luar biasa kedua-dua pelajar berkenaan.


Info Sekitar Kampus

MPNP, UMP anjur Wacana Pekerja Harmoni, Ekonomi Lestari

MPNP, UMP anjur Wacana Pekerja Harmoni, Ekonomi Lestari

KUANTAN, 6 Julai 2023 - Majlis Pekerja Negeri Pahang (MPNP) dengan kolaborasi Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menarik lebih 100 penyertaan yang terdiri daripada jabatan, agensi, Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), institut pengajian tinggi (IPT) dan pemain industri di negeri Pahang Darul Makmur dalam penganjuran program Wacana Pekerja Harmoni, Ekonomi Lestari.


Akademik dan Antarabangsa

Melestari Keberdayaan Program Pendidikan TVET Aras Tinggi

Melestari Keberdayaan Program Pendidikan TVET Aras Tinggi

PAKA, 18 Julai 2023 - Persepsi terhadap program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai kelas kedua haruslah dihentikan demi menjamin kelestarian program TVET yang ditawarkan di negara ini, terutamanya TVET aras tinggi terus menjadi pilihan utama pelajar setelah mereka menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah.
 


Kampus Lestari

60 sukarelawan UMP Kilau tanam 150 pokok di Tasik Chini

60 sukarelawan UMP Kilau tanam 150 pokok di Tasik Chini

CHINI, 13 Julai 2023 - Seramai 60 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kilau dengan kerjasama petugas Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan  Next Green Pulp and Papers (NGPP) meneruskan misi penanaman sebanyak 150 pokok bagi siri kedua sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Kampung Gumum, Tasik Chini. 

Program itu diketuai oleh Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin. 


Rencana/Artikel Pilihan

Isu Integriti dan Adab dalam kalangan Pelajar IPT

Isu Integriti dan Adab dalam kalangan Pelajar IPT

Perbincangan mengenai isu integriti dan etika dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ini tidaklah merujuk kepada semua pelajar IPT di Malaysia, tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman pengajar atau pensyarah yang melalui pengajaran dan pembelajaran (PnP) di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Masalah ini sebenarnya boleh memberi kesan yang besar kepada modal insan yang bakal dilahirkan jika masalah integriti dan etika ini dipandang remeh oleh semua pihak.

FOOTER CREATE 8.8.2023