Persatuan Wanita UMP (Matahari) agih sumbangan kepada 34 ahlinya
PAYA BESAR, 22 Disember 2021 - Cakna terhadap nasib mangsa banjir, Persatuan Wanita Universiti Malaysia Pahang (Matahari) menyampaikan bantuan kepada 34 orang ahli persatuan yang terjejas akibat banjir di sekitar Kuantan.
Antara sumbangan yang diserahkan termasuklah barangan keperluan harian dan makanan.
Sumbangan telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Industri (FPI) merangkap Presiden Persatuan Wanita UMP (Matahari), Datin Dr. Mazita Mokhtar dan beberapa orang ahli jawatankuasa Persatuan Wanita Matahari.